pelawat

free counters

Khamis, 3 Februari 2011

3 dalam 1


kali ini ingin aku kongsikan alatan yang mungkin perlu untuk mereka yang gemar kan pemburuan botol dengan mengali atau mencari sendiri.ini bukan lah promosi barangan,cuma hendak bagi pendapat itu pun jika korang berminat.mungkin diantara kita terpaksa membawa lebih dari satu alatan bila pergi mengali botol,lainlah jika mengali dikedai .sekarang tidak perlu membawa peralatan yang banyak serta panjang.



bila kita hendak mengali mengunakan cangkul bolehlah dipasang begini.jika rasa pemegang kurang panjang bolehlah sambung 1 bahagian lagi.




ada masanya di sudut sudut sukar kita perlukan pahat,bolehlah dipasang kan begini.




ada kalanya akar akar pokok atau batang batang kayu kacil mengangu pencarian botol kita .bila kapak di perlukan bolehlah dipasangkan begini.



jika sesiapa rasakan benda ni perlu bolehlah kekedai welding berdekatan untuk membuatnya.benda ni aku buat sendiri je.untuk menguatkan bahagian mata cangkul tu supaya tajam dan tahan lama bolehlah welding mengunakan welding rod hard feceing.



satu barang lagi yang ada dalam gambar yang pertama tadi ialah sama bentuk macam alat untuk mengankat buah sawit kelori tapi dijadikan kepada 2 bahagian.sudah sampai tempat bolehlah disambungkan.digunakan untuk mengesan kedudukan botol .botol pun tak pecah.



ini semua bukan lokasi sebenar.sekadar demo je.benda ni boleh dimasukan kedalam beg ataupun beg reket tenis,tapi bagi aku biasanya aku letak kat sini untuk persediaan



 

4 ulasan:

  1. Waah! ini sudah bagus! Tool kit untuk menggali botol! Boleh di komersialkan ni bro! hahaaa..

    BalasPadam
  2. terima kasih ,bolehlah cuba membuatnya.

    BalasPadam
  3. semoga lebih byk botol2 yg akan keluar dgn selamat dgn menggunakan alat ini.. kena daftar patern bro, nnti ada org tiru.

    BalasPadam
  4. mudah mudahan.aku paparkan untuk siapa yang berkenan boleh tiru.

    BalasPadam