pelawat

free counters

jumlah pembaca

Isnin, 31 Januari 2011

masa botologi hi tea

 



disinilah berlangsungnya botologi hi teapada 29 jan 2011.




sebahagian barang barang lama yang ada kat cafe ni kalau nak tengok lebih banyak lagi sambil makan dan minum diiringi alunan muzik lagu lagu lama silalah datang kesini.



mamber aku komeng yang sempat control handsome kat sini masa botologi hi tea tempohari.



abang ipar aku yang jemput aku dari bukit jalil bawa kesini walaupun sesat 3-4 kali .dah guna gps pun tak jumpa,mungkin gps aku dah lama tak update kot.balik terus ke low yat update baru.



banyak juga barang barang untuk  dijual.sapa yang nak beli boleh beli ,nak menjamu mata pun boleh.



tengah bincang projek juta juta.




botol yang aku dapat dari bro megat hasil dari pertukaran 3 biji botol fn 200ml dan 3 botol fn besar masih ada air semuanya.bro megat suruh aku pilih botol mana aku nak tapi aku segan.aku memang nak sangat botol coke embos tu ,tapi aku tengok harga nya boleh tahan juga.tak kan aku nak pilih botol tu .bro megat ambik botol tu dan botol coke no. 12 di suruh pilih lagi aku  pilih lagi 2 aku akata boleh tak.dia kata boleh.apahal pun terima kasih ganda 23.



dengan ini maknanya botol coke malaya aku dah ada 11 biji kurang lagi 5 kot .cari jangan tak cari.






botol long chan dan cawan ni pun aku dapat hasil dari pertukaran dengan 3 botol fn dari bro wadi.mula mula dia tak bagi gelas mirinda m tu kata nya ada 1 je .tapi akhirnya bagi juga.terima kasih bro.kalau aku dari batu pahat ada botol eng lam dari batu pahat sedang eloklah dapat botol long chan dari negeri jiran melaka.



gelas tu boleh aku padankan dengan botol green spot aku.




botol coke arab 400 ml sumbangan en mat yang aku dapat dalam kuiz yang terakhir.en mat bertanya apakah nama blog saya,aku pun jawab hobi en mat,dapatlah aku botol ni.botol kaca tu..




botol pepsi ni aku dapat pemberian fitri barang old skool masa aku nak balik.terima kasih banyak banyak,tak de apa aku nak bagi kat kau,aku bawa botol 9 biji habis semua.



botol pemberian bro megat kepa aku kawan aku dan abang ipar aku seorang sebiji .terima kasih semoga jumpa lagi semua.

perjalanan balik


botologi hi tea banyak kenangan sepanjang perjalanan pergi,kenangan berjumpa kolekter kolekter di ipoh station antik cafe.kenangan perjalanan balik.dari kl 3.30 petang sampai batu pahat 7.30 sampai rumah 8.30.terkandas di bawah restoran jejantas air keroh sebab bas rosak.hujan lak tu ,aku pun tolong lah driver bas tu betulkan nak senang keja aku masuklah bawah engin bas .tak lah tau sangat boleh lah sikit sikit .lepas siap terus posing kat belakang engin bas.jangan beli pulak nombor tu.




tak perasan lak aku masa masuk bawah engin kepala aku kena minyak hitam terpaksalah driver bas lapkan,tak tahan silau berkilat kot walaupun hari hujan,hai macam macam hal ...sabar...apa hal pun botologi hi tea memang seronok rugi sapa tak pergi.

Ahad, 30 Januari 2011

terima kasih


terima kasih pada semua kolekter atas layanan dan botol botol ni akan aku publishkan kemudian malam ni aku lum balik batu pahat lagi aku tidur rumah akak aku kat kg sri batu.terima kasih untuk semua dan pada pemilik cafe ipoh antik station.

Jumaat, 28 Januari 2011

pasti datang



ini bukan tiket bas lama tahun 80 an .tapi tiket baru ,pelik..sejak bila aku kumpul tiket bas.sebenarnya ni tiket bas ke botologi hi tea esok.kalau tak de apa halangan aku pasti hadir,bagi aku yang pertama kali hadir ditengah tengah kolekter otai yang hebat hebat dan dasat ,macam best je.pasti ada kolecter yang suka simpan benda cam ni.

Khamis, 27 Januari 2011

ridsect


botol ridsect ni mengandunggi cecair untuk digunakan untuk membunuh serangga seperti nyamuk.diisi didalam penyembur khas.mungkin ada bayak model botol ni.dari 2 botol yang aku ada ni terdapat 2 perbezaan.



botol di sebelah kiri mmpunyai mulut seakan akan botol oren disebelah kanan jenis pusing.



botol disebelah kiri ada tulisan 12 oz this bottle remains the property of the owners of ridsect.disebelah kanan hanya 12 oz.



penutup botol yang aku ada ni sama logo seperti di badan botol.ada penutup tertulis perkataan ridsect dan dibawahnya gambar nyamuk,untuk gambar seperti itu sila pergi ke koleksi fitri barang old skool di http://mohdfitri.blogspot.com.



digunakan dengan penyembur seperti ini.

Rabu, 26 Januari 2011

husna


botol minuman berkarbonat jenama husna ni selalu aku nampak sekitar tahun 90 an.sekarang ni dah tak pernah nampak lagi.ada pelbagai perisa keluaran syarikat bumiputra.300 ml




hak milik syimaro multitrade (m) sdn bhd.

botologi hi tea


botologi hi tea 3 hari lagi ,tentu semua kolekter dah pek barang barang untuk dibawa ,mesti penuh satu keta bagi aku ,kesana cuma untuk melihat dan berjumpa mereka yang hebat hebat dalam dunia botologi dan barang barang  lama.


orang sibuk kemas barang untuk dibawa aku sibuk buat benda ni.ada kena mengena ke?. memang ada.ni adalah proses awal untuk pembuatan blog mencetak t shirt


dah siap boleh lah print kat t shirt berapa banyak nak print pun boleh.semuanya ni aku buat sendiri .benda ni aku buat untuk kegunaan aku je.



tak kisah lah janji ada logo air soda barulah meriah.

Khamis, 20 Januari 2011

kist spot


botol soda yang lebel nya terlalu teruk ni masih lagi bernasib baik sebab masih boleh dilihat jenama nya walau pun samar samar biasalah botol ni dah tertanam berpuluh tahun lamanya.ini adalah botol kistspot gambar 10 biji buah limau berserta tangkai dan 4 helai daun aku agak buah limaulah.mungkin ramai yang ada botol ni kot kalau ada kongsi kongsikan lah .keluaran MALAYAN FOOD PRODUCT LTD. SINGAPORE.


 



Selasa, 18 Januari 2011

ban san a.w.



botol yang keadaan agak teruk lebelnya yang aku agak gambar  laut dan gunung itu dari apa yang aku nampak dibahagian atas yang masih nampak tulisan BERC dibahagian bawah TRADE MARK.aku tak dapat rujukan untuk botol ni ,munglin ada sesiapa yang tahu atau ada menyimpan botol jenis ni kongsi kongsikan lah.yang pasti keluaran BAN SAN A.W.FACTORY 396 UPPER PAYA LEBAR RD. SINGAPORE.


Isnin, 17 Januari 2011

tan yee siang


botol ni tak dapat aku pasti kan gambar apa sebab logonya dah tak nampak tapi yang pasti ni botol tan yee siang cap ayam .kat belakang botol masih nampak lagi


this bottle is property of TAN YEE SIANG aerated water works.

botol cap ayam ada juga yang embos 400 ml.ada gambar yang aku minta dari bro megat untuk lebih lanjut  boleh pergi ke http://mgtbobber.blogspot.com

long bros a.w.singapore


botol long bros aerated water co.singapore.cap ikan paus.botol ni mungkin era 50 an -60 an.masa aku sekolah tahun 1977 emak aku dah gunakan botol macam ni untuk simpan minyak masak.minyak masak dulu bila pagi akan beku tak macam minyak masak sekarang.botol macam ni selalu pecah sebab di panaskan untuk cair kan minyak.



terdapat tulisan THIS BOTTLE BELONG TO LONG BROS A.W.CO.AND CANNOT BE SOLD. tak kisahlah apa yang dia tulis yang pasti botol ni sekarang aku punya.