pelawat

free counters

jumlah pembaca

Jumaat, 27 Januari 2012

ada lagi f&n

ada lagi botol botol f&n yang tertinggal tempohari tak perasan kot..2 botol diatas nampak seperti botol fn yang telah aku post dulu,tapi....

bila dibandingkan dengan botol ditengah,2 biji botol tadi mempunyai cetakan lebih rendah berbanding botol ditengah ,botol ditengah mempunyai cetakan sama tinggi dengan botol botol dibawah.


ada juga yang mempunyai tulisan embos di badan botol dan dibahagian bawah tiada tulisan,yang ada dalam simpanan aku adalah bernombor SG 518 73 dan SG 518 78 ,apakah 2 angka dibahagian belakang bermaksud tahun keluaran kalau 73 mungkin boleh percaya tapi apa cerita pula dengan 78..ada ke keluaran botol ni tahun 1978.

biasanya tengok keluaran botol berdasarkan mould di botol berpandukan samada mould 4 segi timbul ,bulat, longkang,serta mould 4segi tapi macam mana cerita jika satu botol ada 2 mould seperti botol diatas mempunyai mould longkang dan bulat sekaligus,mungkin otai botol dapat berikan jawapan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan