pelawat

free counters

jumlah pembaca

Isnin, 29 November 2010

PEPSI



pepsi keluaran ni depan belakang logo yang sama

PEPSI MALAYSIA-THAI



pepsi ni depan belakang sama logo,dah malas kot nak buat depan lain belakang lain, cuma yang diatas depan pepsi belakang tulisan thai tak taulah dia tulis pepsi ke pepsicola.

PEPSI-PEPSICOLA


 


 



PEPSI-PEPSICOLA


botol pepsi ni didepan pepsi dibahagian belakang pepsicola ada pakar pakar pepsi yang boleh membantu.aku ni simpan je pandai.

PEPSI-CINA


PEPSI


ni antara botol yang aku dapat dalam 2 peti hari tu.setelah dicuci inilah hasilnya.botol ni ada tulisan pepsi dan dibelakangnya tulisan cina.botol ni aku tak tau keluaran keberapa .yang aku tau apa yang aku belum ada aku simpan kemudian baru susun.mengikut keluaran itupun kalau cukup..

BOTOL CAMPUR


botol ni aku dapat kat tempat snoker ditempat aku.beli pun tak mahal sebiji 30 sen,kira bolehlah.balik rumah aku tengok ada botol pepsi 4 model ,botol coke ,miranda,fn,hi spot canada dry,pepsi thailand.aku tengok ada banyak lagi stok kat sana .ada masa ada cukup peruntukan aku nak sapu bersih semua yang ada.sementara stok masih ada.ambik waktu malam aku ingat tong kayu tu tong fn ,balik aku belek belek rupanya tong magnolia.pun bolehlah bukan ada lagi pun sekarang .

Isnin, 22 November 2010

BOTOL COKE 290 ML

 


BOTOL COCA COLA 290 ML

botol coke ni aku dapat kat tapak rumah lama aku,dulunya digunakan sebagai pagar untuk tanam pokok bunga.tulisan dah pudar maklumlah dah tertanam kurang kurang pun 30 tahun.dibahagian depan ada tulis COCO COLA TRADEMARK REGEISTERED COUNT.290 ML




dibahagian ni ada tulisan cina 4 patah perkataan,dibawahnya tulisan cina 2 patah perkataan.



kat bahagian ni ada tulisan timbul 4 S G Y



dibahagian bawah ada tulisan Y 18

Ahad, 21 November 2010

BOTOL 100 PLUS


BOTOL 100 PLUS


botol 100 plus ni aku jumpa .mula mula aku jumpa tak de label ada penutup,sabar simpam dulu.kemudian anak aku dapat takde penutup label dah koyak sikit,simpan dulu,last sekali dapat label kira ok lah takde penutup.setelah ditukar sparepart .cukuplah botol 100 plus ada penutup dan label.

AIR BOTOL KISCO


Air botol KISCO ni aku tak tau bila dipasarkan .botol ni aku dapat dengan botol fn yang  satu peti tu,botol ni cuma ada 2.aku rasa kilang air ni kat shah alam sebab kat belakang botol ada tulis THIS BOTTLE REMAIN THE PROPERTY OF DOUBLE-UP SDN.BHD SHAH ALAM.sapa sapa yang duduk kat shah alam mungkin tau kat mana kilang ni dan tahun berapa dikeluarkan.tak taulah tapak kilang tu dah jadi apa sekarang.

CAWAN GETAH KACA

CAWAN GETAH

biasanya orang panggil cawan getah.benda ni orang gunakan untuk tadah susu getah bila menoreh.cawan getah ni payah nak jumpa lagi kalau ada pun bukan dari kaca .yang ni diperbuat dari kaca.

TIN ROKOK CONSULATE


TIN ROKOK CONSULATE

tin rokok consulate aku pun tak tau keluaran tahun bila. kat depan tin tulis CONSULATE filter cork tipped viginia .MENTHOL .LONG SAIZ.rothmans of pall mall.kalau sekarang lebih kurang cam rokok sallem kot.

RADIO LAMA


RADIO TOSHIBA


radio lama toshiba ni aku dapat kat tempat jual besi buruk .aku selalu ke tempat cam tu untuk cari barang barang berharga .radio ni aku beli ngan harga rm 15 .nasib aku baik balik aku test kat rumah terus hidup tak yah repiar .siaran dia biasalah siaran am,mw,sw1,sw2,sw3,dulu mana ada fm cam sekarang.bolehlah dengar siaran radio kebangsaan.badan radio ni di balut ngan kulit.



EARPHONE LAMA


earphone lama ni aku dapat dengan radio diatas.dibelakang radio tu ada kotak khas untuk simpan earphone.earphone ni didatang kan sekali ngan radio tu,yang bestnya ia masih berfungsi dengan baik.

STERIKA AYAM


STERIKA AYAM LAMA


sterika ayam 8 lobang ini terdapat ayam jantan diatasnya .ayam jantan diatas sterika ini berfungsi sebagai pengunci sterika ni.orang dulu dulu masukkan arang didalamnya untuk mengosok baju.masa aku dulu kalau tak de arang boleh pakai tempurung kelapa.dulu nak cari duit susah,pakai tempurung tak yah beli jimat....

GANTANG


LENG,CUPAK DAN GANTANG



LENG


dulu dulu orang buat sukat beras .selalu orang cakap berapa leng nak masak nasi.kat bahagian atas dibuat dari tembaga ada tulisan PINT.aku tak tau lah orang lain panggil apa tapi setau aku dulu keluarga aku cakap cam tu.8 leng sama ngan 1 gantang.2 leng sama ngan 1 cupak.



CUPAK


cupak ni orang buat sukat apa apa barang .termasuklah wang mas cam cerita p ramli.ali baba bujang lapok,malam malam boleh pinjam cupak,tu dialog dalam cerita tu.4 cupak sama ngan 1 gantang.kat atas cupak ni ada tulis QUAPT.



GANTANG


gantang ni pun orang buat sukat apa apa yang boleh disukat sebelum adanya dacing.kat atas gantang ni ada tulis GALLON.

SETELAH BUKA BAJU


BOTOL AIR TEH BUNGA


botol air teh bunga ini berlebelkan kertas.dibuat di kluang johor.kat tempat aku masih banyak air ini dijual,yang menariknya setelah dibuka lebelnya jadilah seperti botol dibawah..



setelah baju dibuka ini lah hasilnya.botol HI- SPOT natural fruit flavour.aku tak tau air ni ada kat pasaran malaysia tak dan tahun bila dipasarkan.dileher botol ada logo CANADA DRY,285ml.dibahagian bawah tertulis BOTTLED UNDER AUTHORITY OF CANADA DRY CORPORATION NEW YORK.NEW YORK TRADEMARK REGISTERED.ada sapa yang tau?.

Khamis, 18 November 2010

FN sama tak serupa

sekali pandang semua botol nampak serupa .sebenarnya tidak .botol ditengah nampak sekali perbezaan dengan yang lain.botol di kiri dan kanan pun ada bezanya .bezanya ialah singa di botol kiri lebih kecil dari singa dibotol kanan.tulisan FN dibotol kiri lebih besar dari tulisan FN dibotol kanan.tapi itu yang aku nampak.kalau salah maaf lah ye.mungkin collecter lain lebih arif lagi.

Ahad, 14 November 2010

botol lama

botol lama yang ada dalam simpanan .ada yang beli ,ada jumpa.botol f&n lama f&n lama 1 peti

botol f&n lama ni aku dapat dari kawan aku nama dia awang.dia ni driver lori dia dapat kat terangganu kat kedai lama dia ambik free tapi aku bagi duit kopi dengan dia,barang baik ni takkan free.barang ni tak de harga pada dia ,sebab dia tak minat tapi berharga pada aku.penutupnya dah berkarat ada yang dah berlubang  tapi tak bocor sebab ada getah.biasalah barang lama.airnya mungkin dah jadi tuak,aku agak ajelah sebab ais krim soda dah sama kaler dengan sarsi.peti kayu tu mulanya dah kopak aku paku semula.selama ni aku ingat satu saiz aje rupanya ada yang besar dan kecik.ada banyak ni ingat nak jual ,aku banyak-banyak pun nak buat apa.simpan 1-2 botol sendiri punya sudahlah.dapat juga duit sikit buat beli botol lain ,kalau ada yang nak tukar barang lain lagi bagus..jadi sesiapa yang berminat conteklah .dah ada botol kena lah ada cawannya .ini lah cawan fn yang aku dapat cari buat setakat ni.esok lusa manalah tau boleh dapat lagi.nak beli cawan lama ni bukan macam nak beli gula kat kedai.lama baru nak dapat 1 itu pun kalau kena harganya.kalau mahal camnya nak beli aku ni bukannya kaya pun.

botol coke mexico ni aku dapat dari penjual di pasar karat kat batu pahat.tinggi botol ni 21 inci.aku adalah sikit sikit barang coke.segan pulak nak tunjuk.taklah banyak cam colecter yang lain kata orang sikit sikit lama lama jadi bukit.



yang ni aku dapat kat tempat barang barang terpakai kat rengit.botol ni dari indon agaknya sebab kat botol ada tulis MEREK MEREK DAN BOTOL TERDAFTAR BOTOL INI HANYA UNTUK MINUMAN BERKARBONASI.NETTO 193 ML & 295 ML.



yang ni malaysia punya tapi aku tak taulah keluaran keberapa,yang tulisan putih ada air ngan label merah kosong aku dapat kat batu pahat.botol kosong tulisan putih tapi tak berapa nampak aku jumpa kat tapak rumah lama aku .orang dulu dulu kan tanam bunga selalu cacak botol kat kelilig dia,banyak botol pelik yang aku jumpa.

yang ni aku tau dari thailand sebab ada tulisan thai botol  ni kawan aku beli tapi aku beli balik ngan dia .dia bukan nya  nak simpan pun.kawan aku tu nama dia iwan aku kena tulis nama dia kalau tak nanti dia marah aku.



tin kecik ni aku tak tau dari mana kat tin ada tulis ZAWSZE .SIEMPRE.TOUJOURS.ada sapa yang tau?.tin ni tinggi 3 1/2 inci x 2 inci.



pinggan coke ni plastik,bukan kaca.belakang pun ada tulisan coca cola company.pinggan ini made in china ,sebab kat belakang ada tulisan CHINA.aku pernah nampak pinggan coke gambar lain di internet.tapi aku tak de.



beruang putih ni tak tau asal dari mana .kutub utara kot.tapi yang pastinya aku beli kat barang terpakai di batu pahat .kalau tak aku tak beli .sebab dia pikul karung coca cola tu yang aku beli.janji ada tulisan coke aku simpan .peduli apa aku.

beg kecik letak di lengan tulisan coca cola dan coca cola company kat dalam,pun aku sebat.

jam coke lama binkai kayu gambar diperbuat dari kertas kotak tebal.gambar marlin monro bapak mertua aku cakap aku pun tak tau nak eja nama dia.

gambar ni daripada zink belakang kertas tebal.gambar ni tak tau lah keluaran tahun bila.

radio jukebox coca cola masih berfungsi dengan cermelang.

bekas zink coca cola ni aku tak tau dulu apa isinya aku dapat dah kosong .biasa lah barang terpakai.tulisan coca cola timbul kat atasnya tu.





baju t coca cola tapi tak boleh pakai .macam mana nak pakai baru 4 inci je.