blog yang memaparkan botol dan barang lama tak kira apa janji lama serta terhad.terima kasih sebab melihat blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga kepada pengikut pengikut blog ni.sebarang kekurangan maaf di pinta.
Jumaat, 31 Disember 2010
selamat tahun baru
Khamis, 23 Disember 2010
beg pepsi
Khamis, 16 Disember 2010
rak nescafe
rak nescafe
waktu aku beli barang kat kedai hardware ditempat aku ternampak pulak rak nescafe ni siap bungkus plastik lagi.harga murah beli lah 4 set .terus letak kat bengkel.mulanya tak tau nak buat apa ngan rak ni .tengah buat kerja ternampak lak botol ,ambik cuba letak kat rak tu.. 1 rak muat 8 botol ,bawak balik terus pasang .nampak ok pulak.
poster dumex
poster dumex
poster ni aku dapat 1 kedai ngan tin duit cap teko hari yang sama.aku rasa poster ni tahun 1978 .sebab kat poster ada tulis .cara hadiah percuma dumex .simpanlah kopon percuma dumex anda dan tukarkannya dengan pinggan mangkuk dumex yang indah ini dengan percuma.mulai september 25 .1978 di semenanjung malaysia,sabah dan sarawak sahaja.dulu bila beli susu dumex kat dalam ada kopon yang boleh ditukar dengan pingan mangkok cawan ,teko bergantung jumlah kopon yang kita ada.
mangkuk salad DUMEX 42 kopon
ragum lama
ragum lama
ragum lama ni aku dapat kat tempat besi buruk .ragum ni digunakan untuk mengikat barang untuk tidak bergerak .seperti untuk mengergaji besi dan banyak lagi kegunaan ragum ni.tapi buat masa sekarang ragum ni untuk disimpan je.dah pencen.
ragum lama dan baru
Isnin, 13 Disember 2010
mirinda
mirinda pertama yang aku dapat warna hijau .bila dah dapat lain baru seronok macam macam gambar ada.yang hijau tu logo dah samar samar tapi sama ngan yang nombor 2.
7 up
7 up
7 up nombor 2 dari kiri tu yang mula mula aku dapat.masa tu aku malas nak simpan bila dapat yang pertama dari kiri ,aku tengok logo dia lain ,ni yang tambah minat nak simpan .yang pertama dari kiri tu aku dapat dah pecah 4, aku cuci dan gam.cari punya cari dapat lagi yang berlainan logo ni yang tambah semangat ni.biasanya aku tak tau keluaran keberapa dan tahun bila dipasarkan.tapi aku suka susun sebaris tengok logo dia lain lain.bila ada orang yang baik hati beritahu aku akan tulis di bahagian bawah botol.
Ahad, 12 Disember 2010
magnolia
magnolia lama ni ada 2 je buat masa ni satu masih ada air lagi didalamnya tak tau lah ni keluaran ke berapa dan tahun bila .air kat dalam cam air sarsi.
kat bahagian ni ada tulis
Heres Health
CONTENTS 10 OZS
COLD STORAGE CREAMERIES
Singapore. Kuala Lumpur .Peneng
kat bahagian bawah SG 96
kawan aku awang bagi dia dapat kat terangganu .makin banyaklah botol fn aku.
coke 290 ml cina panjang
coke 290 ml
coke 290 ml ni aku dapat kat rumah tinggal kat estet di yong peng .kata megat ni keluaran ke 7.ada tulis TRADE MARK REGISTERED CONT 290 ML.
kat bahagian ni ada tulisan cina 8 perkataan .ni lah agaknya dinama kan cina panjang.
komeng sedang mengali botol
tempat ni biasanya dulu ada pokok bunga gunakan botol sebagai pagar.
banyak botol dapat tapi tulisan dah tak nampak coke 290 ni satu yang nampak ok.
SASARAN PENCARIAN
rumah tinggal lama biasa nya ada banyak botol tapi tak pasti lah botol air atau botol kicap yang banyak.tapi kena pastikan tempat yang kita masuk telah dapat kebenaran tuan tanah atau warisnya terlebih dahulu.ni rumah tinggal atuk komeng sebab tu dia ada sekali.
Khamis, 9 Disember 2010
TIN DUIT MILO
TIN DUIT MILO
tin duit milo ni aku dapat sama hari dengan tin duit cap teko.3 barang aku dapat hari tu tin milo,tin cap teko ngan poster dumex,aku dah tanya pada taukey kedai tentang tin duit tapi dia kata dah tak de.aku pun parking motor kat kedai dia aku ronda jalan kaki,kedai ke 2 aku pegi ada tin duit milo,dia cakap harga nak jual ,bila aku suruh ambik aku nak tengok,dia kata kalau ada duit boleh tengok .aku terus blah maklumlah aku datang pakai baju kerja jalan kaki lak tu.kalau ada sapa berhajat aku boleh setelkan.kedai ke3 aku dapat tin cap teko ngan poster dumex.balik nak amik moto aku saja je tunjukkan apa aku dapat time tu juga dia cari tin dia rupanya kat luar kedai.siap dia tunjukkan 2 biji lampu gasolin nak jual.dapat juga aku tin ni.
SEMOGA MAKMUR SENTIASA
SEMOGA MAKMUR SENTIASA setelah dialih bahasa.pandai pandai je aku ni..
Rabu, 8 Disember 2010
tin duit cap teko
TIN DUIT CAP TEKO
tak kerja jalan jalan ngan member aku komeng kat pekan parit yaani cari barang barang lama.kedai kat pekan ni kebanyakannya kedai lama,masa aku kecik lagi dah ada.semua tokey kedai lama kat sini kenal aku. setelah proses rayu merayu maka tin duit ni pun bertukar tangan.dulu tin ni digantung ngan tali panjang dihujungnya ada pemberat.bila nak ambil atau simpan duit tarik je kebawah dan lepaskan ia akan naik sendiri.
di tepi tin ada tulis selamat maju jaya
selamat maju jaya dalam tulisan cina.aku agak je..
Ahad, 5 Disember 2010
pelita lama
PELITA LAMA
pelita ni dulunya digunakan bila malam satu rumah kadang kadang pakai 4 ke 5 pelita 1 mana cukup terang .kat belakang biasa nya ada gambar amoi.aku ada jumpa ,pelita ni ada jual baru tapi berbeza dengan yang lama bezanya yang aku nampak ialah
pelita lama gunakan plate untuk pegang botol minyak ,tapi yang aku tengok yang baru guna kan dawai sama dengan dawai pemegang gambar amoi,itu yang aku nampak mungkin orang lain nampak lain.
tin rokok dunhill
LAMPU GASOLIN
LAMPU GASOLIN
lampu gasolin atau pun lampu pam.dulu sebelum ada letrik kat kampung aku ramai yang pakai lampu ni ,tapi setelah masuk letrik tak tau kemana perginya lampu ni semua termasuklah kat rumah aku lesap semuanya.lampu ni aku dapat dari seorang budak ,kalau aku tak beli dia nak jual kat besi buruk.aku pun beli bukan mahal pun cuma lebih sikit dari dia jual kat besi buruk.lampu ni semua tak cukup sifat.semuanya cap lain lain.1 cap kupu-kupu,1 cap kapak,1 solar.
PROSES BAIK PULIH
ada masa proses kecai pun bermula,kalau tak de masa pun buat buat macam ada banyak masa.kalau nak tunggu sampai betul betul ada masa,memang tak buatlah jawabnya.
HASILNYA
selepas proses kasi pecah inilah hasilnya.nasib aku agak baik ,jadilah satu lampu dengan 1 cap.cap kupu-kupu.sekarang kena pastikan ia boleh berfungsi tak,kena beli minyak tanah dengan spirit ni.minyak tanah dah mahal sekarang .masa nak hidupkan aku panggil anak anak aku tengok,diaorang mana pernah tengok.
BERJAYA
selepas mengisi minyak dan proses mengepam dijalankan lampu ni berfungsi kembali setelah sekian lama pencen.matikan lampu letrik terus gantung kat anjung terang juga.boleh buat spare masa tak de letrik ni tak yah pakai lilin.
MENTOL
macamnilah rupa mentol lampu pam sebelum di pasang.ni buat spare,sementara stok masih ada.
Sabtu, 4 Disember 2010
COKE 1 LITER
botol coke 1liter dari indonesia ni aku dapat dari penjual yang biasa mendapatkan barang coke untuk aku dipasar karat batu pahat.lama dah aku nak cari botol ni,kalau jumpa pun mahal,ni dapat murah mampulah aku beli cuma setengah ratus je.ada air lagi pulak tu.
memang sah 1 liter tak syak lagi
KEMBALIKAN BOTOL DENGAN TUTUPNYA .patutlah botol ni susah nak cari ramai yang tak kembalikan botol.salah sorangnya aku..