pelawat

free counters

jumlah pembaca

Selasa, 8 Februari 2011

permit gali gagal


di kawasan inilah aku pernah datang pada n3 aku yang lepas dimana botol coke malaya no 2 aku temui pepsi m no 1,pepsi m no. 4 yang dah arwah diatas permukaan tanah je dah nampak botol yeos no.1 yang dah pecah mungkin kalau gali rakan rakan seangakatan kemungkinan besar ada dibawah.kat sinilah yang pernah aku ceritakan aku nak minta kebenaran tuan tanah untuk mengali.



aku dan kawan aku komeng ambil keputusan untuk mencari tuan punya kebun tersebut.susah juga nak mencari sebab kawasan ni bukan tempat aku.setelah bertanya dan mencari info yang aku dapat dari seseorang yang aku bertanya katanya tuantanah tu tinggal disingapore.laa ni sudah leceh takkan nak ke singapore,nasib baik ada uncle yang jaga kebun tu berpuluh tahun lamanya .terus je aku kerumah uncle tu tapi...jawapan yang aku terima agak mengecewakan.uncle tu berkeras tak benarkan masuk kalau masuk juga dia akan report polis.ni sudah berat ni.katanya lagi dulu pernah  orang gali untuk dapatkan besi buruk akibat nya lorong untuk menolak sawit rosak kaca pecah bertaburan.tu yang dia tak bagi sekarang ni.


setelah bertepuk bahu dan pujuk memujuk mengunakan aura dragon ball peringkat ke 7.akhirnya dapat lah aku cari tapi dengan syarat tak mau gali kata uncle tu.kawasan tu banjir lak tu jadi tak dapat lah aku cari semua tempat uncle tu siap tolong cari sekali .menurut kata uncle tu dulunya disinilah tempat membuang botol sebab takde tempat nak simpan.hajat nak tanya dulu .dah disuruh cari.apalagi .ingat dah tak boleh cari lain kali.tapi bila aku tanya ,kalau air sudah kering wa mau datang tengok ,nanti wa jumpa sama lu dulu.uncle tu cakap datang lah tak payah jumpa wa,kalau olang tanya cakap sulaa cakap sama wa.ni sudah bagus.




apa sangat lah yang dapat kalau tak gali.kira ok lah dari tak dapat.dari kisah ini dinasihatkan minta kebenaran dulu sebelum masuk dan jaga orang punya kawasan kalau tak nanti orang lain tak dapat masuk lagi.

Isnin, 7 Februari 2011

coke embos 250 ml


cocacola embos ni aku dapat kat tempat barang terpakai di rengit.kali pertama aku datang anak tokey kedai tu cakap tak nak jual.kali kedua aku datang aku terus jumpa tokey kedai tu katanya tak nak jual,setelah proses pujuk memujuk akhirnya dapat juga aku coke ni dengan harga rm 10.kira ok lah ,kalau 100 aku tak beli.



cocacola 250 ml


 



Sabtu, 5 Februari 2011

mission beverages


baru 2-3 jam yang lalu aku terima kunjungan bro wadi dari kl yang aku kenal masa botologi hi tea tempohari.hasil kunjungan tu dapatlah aku botol ni dan botol pepsi cola no 2.hasil pertukaran 1 botol fn 200 ml ,1 gelas sprite bintang dan 1 gelas fn.pertukaran tu tak berapa penting yang lebih utama persahabatan.dapat juga aku botol mission beverages yang lebih elok dari botol disebelah kiri yang aku dapat sebelumnya.



MISSION BEVERAGES



naturally good .exclusive property of mis-sino company ltd singapore.


 

Jumaat, 4 Februari 2011

Khamis, 3 Februari 2011

jam loceng cocacola

jam loceng cocacola ni aku dapat pada 31-1-2011 kat tempat barang terpakai di rengit.jam ni menguna kan beteri dan boleh set waktu berbunyi,bunyi nya sama cam jam loceng lama cuma yang ni kuat sikit sebab dia besar.gambar beruang kutup sedang bermain roller blade,serta logo cocacola.

3 dalam 1


kali ini ingin aku kongsikan alatan yang mungkin perlu untuk mereka yang gemar kan pemburuan botol dengan mengali atau mencari sendiri.ini bukan lah promosi barangan,cuma hendak bagi pendapat itu pun jika korang berminat.mungkin diantara kita terpaksa membawa lebih dari satu alatan bila pergi mengali botol,lainlah jika mengali dikedai .sekarang tidak perlu membawa peralatan yang banyak serta panjang.



bila kita hendak mengali mengunakan cangkul bolehlah dipasang begini.jika rasa pemegang kurang panjang bolehlah sambung 1 bahagian lagi.




ada masanya di sudut sudut sukar kita perlukan pahat,bolehlah dipasang kan begini.




ada kalanya akar akar pokok atau batang batang kayu kacil mengangu pencarian botol kita .bila kapak di perlukan bolehlah dipasangkan begini.



jika sesiapa rasakan benda ni perlu bolehlah kekedai welding berdekatan untuk membuatnya.benda ni aku buat sendiri je.untuk menguatkan bahagian mata cangkul tu supaya tajam dan tahan lama bolehlah welding mengunakan welding rod hard feceing.



satu barang lagi yang ada dalam gambar yang pertama tadi ialah sama bentuk macam alat untuk mengankat buah sawit kelori tapi dijadikan kepada 2 bahagian.sudah sampai tempat bolehlah disambungkan.digunakan untuk mengesan kedudukan botol .botol pun tak pecah.



ini semua bukan lokasi sebenar.sekadar demo je.benda ni boleh dimasukan kedalam beg ataupun beg reket tenis,tapi bagi aku biasanya aku letak kat sini untuk persediaan



 

Rabu, 2 Februari 2011

puzzle cocacola

 

puzzle cocacola ni aku dapat pada 30-1-2011 kat tempat barang terpakai di rengit.ronda ronda jumpa lak puzzle ni .ada 49 gambar semuanya .nak kumpul satu satu lambat,ni beli satu dapat macam macam gambar.puzzle ni kalau kecaikan belum  tentu boleh pasang balik ni.kalau boleh pasang pun berapa lama boleh siap tak taulah.