pelawat

free counters

jumlah pembaca

Ahad, 16 Januari 2011

cocacola 290 depan belakang


antara botol yang aku dapat dalam sesi kemas botol tadi ialah cocacola trademark registered cont 290 ml.depan belakang logo dan tulisan yang sama ,aku pasti colecter lain dah berlambak lambak botol ni ,bagi aku yang baru bermula ini satu penemuan berharga.




depan belakang serupa



hanya tulisan embos GG dan 8-20 yang tertera di badan botol dibahagin bawah botol tiada tulisan.penat pun hilang bila dapat botol begini dengan harga 1 ringgit.


kemas botol


hari minggu ni aku dan komeng pergi mencari botol di kedai lama kat tempat aku ,yang aku dah kenal pasti tempohhari.mula mula tokey kedai tu tak mau jual tapi aku kata botol yang bersepah dan yang pecah aku susun setempat .akhirnya dia setuju tapi dengan syarat satu botol 1 ringgit setelah semua setuju bermulalah kerja aku sebagai pengemas botol tak rasmi.setelah aku basuh inilah hasilnya.







inilah antara botol yang sempat aku selamatkan ada masa nanti aku akan publishkan satu persatu.walau pun penat mengemas botol tapi puas hati.


 


 


 


 


 

Sabtu, 15 Januari 2011

tong minyak 1945


tong minyak lama ni mungkin pernah digunakan oleh pihak tentera suatu ketika dulu.sekarang ni ada juga tong minyak seperti ni.digunakan untuk mengisi minyak jadi kalau kenderaan kehabisan minyak tak perlu risau.tulisan WD tu mungkin syarikat pembuat tong tu tapi yang pasti tulisan 1945 adalah tahun keluaran tong tu.



sekarang tong ni aku gunakan untuk letak kat belakang land rover buruk ni.

tong minyak 1952


tong minyak lama ni yang tertera perkataan WD 1952.tong minyak ni juga mungkin pernah di gunakan oleh pihak tentera suatu ketika dulu.tapi yang ni apasal warna merah.mungkin singapura punya kot sebab aku dapat kat tempat barang terpakai dari singapura.



1952

dapur minyak tanah


dapur lama ni mengunakan minyak tanah dulu penjual apam balik mengunakan dapur jenis ni untuk memasak apam balik .kena pam dulu untuk mengunakanya.tapi sekarang orang dah tak pakai lagi dapur jenis ni.tingal kenangan je.aku selamat kan dapur ni dari kedai menjual besi buruk.dapur ni cap 2 kapak tertera tulisan double axe dan tulisan jawi dua kapak.


macam nilah keadaan dapur ni masa aku dapat.


sudah menjadi kebiasaan aku kena pastikan masih berfungsi .kalau tak berfungsi aku cuba baikpulih .dapur ni ternyata masih berfungsi dengan sempurna.


Selasa, 11 Januari 2011

kacip pinang


kacip pinang lama ni dulu digunakan untuk memotong pinang menjadi cebisan halus supaya senang  dijadikan ramuan untuk memakan sireh.ada bermacam macam jenis kacip ni.ada yang berbentuk  burung dan lain lain .kacip yang aku ada taklah secantik mana.mungkin dari kacip mengambarkan kedudukan seseorang .kalau golongan atasan mungkin bentuk kacip nya lebih cantik dan lebih mahal.itu pandangan aku je.


Isnin, 10 Januari 2011

dacing lama


dacing lama dulunya diganakan untuk menimbang berat sebelum ditukar kepada sistem metrik.mengunakan sistem mayam,tahil,kati dan pikul.