pelawat

free counters

jumlah pembaca

Isnin, 29 November 2010

PEPSI



pepsi keluaran ni depan belakang logo yang sama

PEPSI MALAYSIA-THAI



pepsi ni depan belakang sama logo,dah malas kot nak buat depan lain belakang lain, cuma yang diatas depan pepsi belakang tulisan thai tak taulah dia tulis pepsi ke pepsicola.

PEPSI-PEPSICOLA


 


 



PEPSI-PEPSICOLA


botol pepsi ni didepan pepsi dibahagian belakang pepsicola ada pakar pakar pepsi yang boleh membantu.aku ni simpan je pandai.

PEPSI-CINA


PEPSI


ni antara botol yang aku dapat dalam 2 peti hari tu.setelah dicuci inilah hasilnya.botol ni ada tulisan pepsi dan dibelakangnya tulisan cina.botol ni aku tak tau keluaran keberapa .yang aku tau apa yang aku belum ada aku simpan kemudian baru susun.mengikut keluaran itupun kalau cukup..

BOTOL CAMPUR


botol ni aku dapat kat tempat snoker ditempat aku.beli pun tak mahal sebiji 30 sen,kira bolehlah.balik rumah aku tengok ada botol pepsi 4 model ,botol coke ,miranda,fn,hi spot canada dry,pepsi thailand.aku tengok ada banyak lagi stok kat sana .ada masa ada cukup peruntukan aku nak sapu bersih semua yang ada.sementara stok masih ada.ambik waktu malam aku ingat tong kayu tu tong fn ,balik aku belek belek rupanya tong magnolia.pun bolehlah bukan ada lagi pun sekarang .

Isnin, 22 November 2010

BOTOL COKE 290 ML

 


BOTOL COCA COLA 290 ML

botol coke ni aku dapat kat tapak rumah lama aku,dulunya digunakan sebagai pagar untuk tanam pokok bunga.tulisan dah pudar maklumlah dah tertanam kurang kurang pun 30 tahun.dibahagian depan ada tulis COCO COLA TRADEMARK REGEISTERED COUNT.290 ML




dibahagian ni ada tulisan cina 4 patah perkataan,dibawahnya tulisan cina 2 patah perkataan.



kat bahagian ni ada tulisan timbul 4 S G Y



dibahagian bawah ada tulisan Y 18

Ahad, 21 November 2010

BOTOL 100 PLUS


BOTOL 100 PLUS


botol 100 plus ni aku jumpa .mula mula aku jumpa tak de label ada penutup,sabar simpam dulu.kemudian anak aku dapat takde penutup label dah koyak sikit,simpan dulu,last sekali dapat label kira ok lah takde penutup.setelah ditukar sparepart .cukuplah botol 100 plus ada penutup dan label.