gelas cocacola go for real thing antara gelas yang aku ada masih terlalu banyak nak kena cari untuk lengkapkan siri gelas coke ni ,pada aku jumpa harga kena sambar je ,kalau tak cukup besar nak minum guna je gelas dibawah ni..
blog yang memaparkan botol dan barang lama tak kira apa janji lama serta terhad.terima kasih sebab melihat blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga kepada pengikut pengikut blog ni.sebarang kekurangan maaf di pinta.
gelas cocacola go for real thing antara gelas yang aku ada masih terlalu banyak nak kena cari untuk lengkapkan siri gelas coke ni ,pada aku jumpa harga kena sambar je ,kalau tak cukup besar nak minum guna je gelas dibawah ni..
gelas peacock brand dari national aerated water company ltd ,tak dapat botol peacock dapat gelas peacock pun jadilah..
dah sampai masa makan.makan time,is coke time.bersaiz 19 x 15 inci ,tak pasti pulak benda ni letaknya dimana dan dari mana asalnya,ada tulisan makan time dari malaysia kot .pasti ramai pakar pakar coke yang lebih tau lagi..
coca cola,coke ,vanila coke,the modified dynamic ribbon and the contor bottle are trademark of cocacola company.
2 biji botol kisco hijau berlainan jenis.dibahagian depan tiada perbezaan diantara kedua dua botol ni,dibahagian belakang ada perbezaan yang jelas kelihatan.disebelah kanan terdapat tulisan cina kalau dalam bahasa malaysia bermaksud kegembiraan berganda kalau tak salah lah.terima kasih buat bro wadi sebab bagi botol hijau ni secara percuma.
sama juga seperti botol yang berwarna putih ni..
kali ni aku dapat pulak botol long chan bross estd 1910 ,botol long chan yang aku ada dulu adalah trade mark di logo ayam.
bahagian belakang cap ayam dan dunia,lamnet,buatan ,long chan bross,syarikat lamnet.
kiri estd 1910 yang lain semuanya trade mark.
dibahagian belakang ada perbezaan 2 dari kiri tulisan kuning,putih dan tulisan merah.
pastinya ramai yang ada menyimpan botol codd yang dasat dasat seperti fn ,kinta aerated water dan banyak lagilah,bagi aku sebiji botol guli pun takde sehingga lah aku dapat botol ni semasa mencari dengan bro wadi tempohari,yang tak sedapnya tokey tu kata botol ni dari jepun,yang sedapnya ianya percuma tokey tu bagi.jenama glinter,glass ball soda drink.bagi aku yang tak pernah mempunya botol guli ianya terlalu menarik.
setelah aku belek belek terpandang pula perkataan sold agent-KEKO MARKETING (M) SDN BHD no 3178 mukim 15 lot5777 jalan seladang satu,taman selamat 14000 bukit mertajam peneng,malaysia adakah air ni dari jepun untuk pasaran malaysia atau dari malaysia untuk pasaran jepun.tak pernah nampak pulak aku air ni dijual kat tempat aku tak tau lah kalau kat tempat lain ada.kalau ada info tentang botol ni sila beritahu,untuk dikongsikan.
bro wadi banyak ambik botol chin sin,nak bagi kawan kawan ke?sapa nak jumpa dia ..
tokey senyum memanjang ..senyum ada makna tuu..
aku punya ada perrcuma ada yang bayar ,akan diceritakan satu persatu di keluaran akan datang.
free..cam ne boleh dapat tunggu...
taklimat tentang botol terima kasih bro wadi senang senang datang lah lagi.dah terlanjur datang aku kirim sekali sekali botol dan barang untuk kawan kat kl tu jimat sikit tak yah pos,kalau dah sampai cerita lah kat blog boleh kongsi info pasal botol,okey bersambung..