jenama yang pernah popular satu masa dahulu mengunakan logo yang agak ringkas iaitu ikan keluaran GUAN JOO CHIANG.
blog yang memaparkan botol dan barang lama tak kira apa janji lama serta terhad.terima kasih sebab melihat blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga kepada pengikut pengikut blog ni.sebarang kekurangan maaf di pinta.
Ahad, 5 Jun 2011
Sabtu, 4 Jun 2011
black shadow everytime

tentu ramai collecter yang dah ada botol cam ni .tapi yang aku nak ceritakan disini bukan lah pasal botol ni.apa yang menarik ialah botol fn black shadow ni mengunakan tudung berlogo everytime,tentu semua tahu logo everytime digunakan sekitar tahun 70 an,tapi setelah melihat botol ni sebenarnya ia telah digunakan sebelum tahun 70 an.apakah botol black shadow ni tersesat..sebab dalam satu peti yang aku dapat 200ml dan 400ml hanya satu je botol ni 400ml.apa kata anda semua memang ada black shadow mengunakan logo everytime atau pun ini cuma kebetulan...
Khamis, 26 Mei 2011
kluang aerated water

gelas kluang aerated water dipercayai telah wujud sekitar era 60 an.dengan logo pokok kelapa.gelas je yang aku ada simpan botolnya masih belum jumpa lagi,bagi sesiapa yang ingin melihat botol kluang aerated water ni boleh lah pergi ke link dibawahhttp://mgtbobber.blogspot.com/2010/08/kluang-aerated-water-johore.html.dibahagian belakang gelas ada tulisan cina
Ahad, 24 April 2011
gelas 7up fido dido
antara gelas 7 up fido dido yang sempat aku simpan ,gambar fido dido masih lagi digunakan di tin 7 up sekarang.gelas ni ada macam macam aksi fido dido,masa baru baru keluar 7 up dengan gambar fido dido dimerata tempat boleh dilihat gambar ni dari t-shirt, sticker ,tembok ,sampai kat buku sekolah pun diconteng gambar ni..
Sabtu, 16 April 2011
lesen berniaga majlis daerah
Khamis, 14 April 2011
gambar botol
masa selongkar barang barang kat batu pahat ternampak pula benda ni kat bawah almari ,gambar botol botol soda dan tahun keluaran tak pasti pula siapa yang buat benda ni,bolehlah buat rujukan,orang cam aku mana tau sangat pasal botol..baru nak belajar dan menyimpan..
Rabu, 13 April 2011
beg kertas
dulu dulu kalau berbelanja selalu dapat beg kertas macam ni.ini adalah contoh beg kertas lama yang aku ada.beg kertas ni dari siew fatt no.6 jalan pasar bharu,kuala lumpur.telephone no.23890.jika dilihat nombor telephone masih 5 angka.dan gambar tin minyak kacang masih mengunakan kiraan kati.kebiasaan nya beg kertas begini mengunakan warna berlainan depan belakang.tak pasti tahun berapa beg ini dikeluarkan dan masih wujud lagikah tempat ni...














