pelawat

free counters

jumlah pembaca

Ahad, 14 November 2010

botol lama

botol lama yang ada dalam simpanan .ada yang beli ,ada jumpa.botol f&n lama f&n lama 1 peti

botol f&n lama ni aku dapat dari kawan aku nama dia awang.dia ni driver lori dia dapat kat terangganu kat kedai lama dia ambik free tapi aku bagi duit kopi dengan dia,barang baik ni takkan free.barang ni tak de harga pada dia ,sebab dia tak minat tapi berharga pada aku.penutupnya dah berkarat ada yang dah berlubang  tapi tak bocor sebab ada getah.biasalah barang lama.airnya mungkin dah jadi tuak,aku agak ajelah sebab ais krim soda dah sama kaler dengan sarsi.peti kayu tu mulanya dah kopak aku paku semula.selama ni aku ingat satu saiz aje rupanya ada yang besar dan kecik.ada banyak ni ingat nak jual ,aku banyak-banyak pun nak buat apa.simpan 1-2 botol sendiri punya sudahlah.dapat juga duit sikit buat beli botol lain ,kalau ada yang nak tukar barang lain lagi bagus..jadi sesiapa yang berminat conteklah .dah ada botol kena lah ada cawannya .ini lah cawan fn yang aku dapat cari buat setakat ni.esok lusa manalah tau boleh dapat lagi.nak beli cawan lama ni bukan macam nak beli gula kat kedai.lama baru nak dapat 1 itu pun kalau kena harganya.kalau mahal camnya nak beli aku ni bukannya kaya pun.

botol coke mexico ni aku dapat dari penjual di pasar karat kat batu pahat.tinggi botol ni 21 inci.aku adalah sikit sikit barang coke.segan pulak nak tunjuk.taklah banyak cam colecter yang lain kata orang sikit sikit lama lama jadi bukit.



yang ni aku dapat kat tempat barang barang terpakai kat rengit.botol ni dari indon agaknya sebab kat botol ada tulis MEREK MEREK DAN BOTOL TERDAFTAR BOTOL INI HANYA UNTUK MINUMAN BERKARBONASI.NETTO 193 ML & 295 ML.



yang ni malaysia punya tapi aku tak taulah keluaran keberapa,yang tulisan putih ada air ngan label merah kosong aku dapat kat batu pahat.botol kosong tulisan putih tapi tak berapa nampak aku jumpa kat tapak rumah lama aku .orang dulu dulu kan tanam bunga selalu cacak botol kat kelilig dia,banyak botol pelik yang aku jumpa.

yang ni aku tau dari thailand sebab ada tulisan thai botol  ni kawan aku beli tapi aku beli balik ngan dia .dia bukan nya  nak simpan pun.kawan aku tu nama dia iwan aku kena tulis nama dia kalau tak nanti dia marah aku.



tin kecik ni aku tak tau dari mana kat tin ada tulis ZAWSZE .SIEMPRE.TOUJOURS.ada sapa yang tau?.tin ni tinggi 3 1/2 inci x 2 inci.



pinggan coke ni plastik,bukan kaca.belakang pun ada tulisan coca cola company.pinggan ini made in china ,sebab kat belakang ada tulisan CHINA.aku pernah nampak pinggan coke gambar lain di internet.tapi aku tak de.



beruang putih ni tak tau asal dari mana .kutub utara kot.tapi yang pastinya aku beli kat barang terpakai di batu pahat .kalau tak aku tak beli .sebab dia pikul karung coca cola tu yang aku beli.janji ada tulisan coke aku simpan .peduli apa aku.

beg kecik letak di lengan tulisan coca cola dan coca cola company kat dalam,pun aku sebat.

jam coke lama binkai kayu gambar diperbuat dari kertas kotak tebal.gambar marlin monro bapak mertua aku cakap aku pun tak tau nak eja nama dia.

gambar ni daripada zink belakang kertas tebal.gambar ni tak tau lah keluaran tahun bila.

radio jukebox coca cola masih berfungsi dengan cermelang.

bekas zink coca cola ni aku tak tau dulu apa isinya aku dapat dah kosong .biasa lah barang terpakai.tulisan coca cola timbul kat atasnya tu.





baju t coca cola tapi tak boleh pakai .macam mana nak pakai baru 4 inci je.





3 ulasan:

  1. Salam.. Wah! brg2 rare suma ni.. sya pun tgh kumpul jgak, tp duit2 lama..

    BalasPadam
  2. Syabas bro!! Selamat menjadi geng-geng botol!!

    BalasPadam
  3. terima kasih .kita geng aku ni orang baru

    BalasPadam