ada 2 jenis je papan iklan besi shelltox yang aku ada ,biru dan hijau ,pernah juga aku nampak yang kaler merah.keadaan tak berapa cantik tapi ok lah sebab dapat percuma je dari kedai lama yang dah tutup..sekarang ni dah tukar nama ke sheildtox.
blog yang memaparkan botol dan barang lama tak kira apa janji lama serta terhad.terima kasih sebab melihat blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga kepada pengikut pengikut blog ni.sebarang kekurangan maaf di pinta.
Ahad, 21 Ogos 2011
iklan besi shelltox
Khamis, 18 Ogos 2011
Ahad, 14 Ogos 2011
papan iklan fn
papan iklan fn cordial juga berfungsi sebagai tempat mengantung barang barang.papan iklan ini diperbuat dari kertas dan frame nya dari kayu aku dapat dari kedai lama yang dah tutup.mengikut gambar botol cordial ini mungkin iklan ni dari era 70 an.
Rabu, 10 Ogos 2011
Selasa, 9 Ogos 2011
papan iklan besi vicks
papan iklan vicks ni daripada besi juga merupakan tempat mengantung barang barang.papan iklan ni aku dapat dari kedai india muslim yang dah lama tutup sebab balik negeri.walaupun kurang cantik tapi ianya percuma..sebab aku minta dengan tuan punya kedai ada 4 barang yang aku dapat kat sini iaitu 2 iklan shelltox,1 iklan f&n cordial.
Isnin, 8 Ogos 2011
7up tin besi
tin 7 up besi tentu ramai dah ada tapi aku baru dapat,keadaan agak kurang baik..tapi bolehlah buat simpanan sendiri,tin ni belum buka lagi tapi airnya dah tak de sebab kat tin ada karat dan ada lubang kecik.biasalah dah lama besi lak tu..
Langgan:
Catatan (Atom)