pelawat

free counters

jumlah pembaca

Memaparkan catatan dengan label lampu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lampu. Papar semua catatan

Ahad, 5 Disember 2010

pelita lama


PELITA LAMA


pelita ni dulunya digunakan bila malam satu rumah kadang kadang pakai 4 ke 5 pelita 1 mana cukup terang .kat belakang  biasa nya ada gambar amoi.aku ada jumpa ,pelita ni ada jual baru tapi berbeza dengan yang lama bezanya yang aku nampak ialah



pelita lama gunakan plate untuk pegang botol minyak ,tapi yang aku tengok yang baru guna kan dawai sama  dengan dawai pemegang gambar amoi,itu yang aku nampak mungkin orang lain nampak lain.

LAMPU GASOLIN


LAMPU GASOLIN


lampu gasolin atau pun lampu pam.dulu sebelum ada letrik kat kampung aku ramai yang pakai lampu ni ,tapi setelah masuk letrik tak tau kemana perginya lampu ni semua termasuklah kat rumah aku lesap semuanya.lampu ni aku dapat dari seorang budak ,kalau aku tak beli dia nak jual kat besi buruk.aku pun beli bukan mahal pun cuma lebih sikit dari dia jual kat besi buruk.lampu ni semua tak cukup sifat.semuanya cap lain lain.1 cap kupu-kupu,1 cap kapak,1 solar.



PROSES BAIK PULIH


ada masa proses kecai pun bermula,kalau tak de masa pun buat buat macam ada banyak masa.kalau nak tunggu sampai betul betul ada masa,memang tak buatlah jawabnya.



HASILNYA


selepas proses kasi pecah inilah hasilnya.nasib aku agak baik ,jadilah satu lampu dengan 1 cap.cap kupu-kupu.sekarang kena pastikan ia boleh berfungsi tak,kena beli minyak tanah dengan spirit ni.minyak tanah dah mahal sekarang .masa nak hidupkan aku panggil anak anak aku tengok,diaorang mana pernah tengok.



BERJAYA


selepas mengisi minyak dan proses mengepam dijalankan lampu ni berfungsi kembali setelah sekian lama pencen.matikan lampu letrik terus gantung kat anjung terang juga.boleh buat spare masa tak de letrik ni tak yah pakai lilin.



MENTOL


macamnilah rupa mentol lampu pam sebelum di pasang.ni buat spare,sementara stok masih ada.