tin 7 up besi tentu ramai dah ada tapi aku baru dapat,keadaan agak kurang baik..tapi bolehlah buat simpanan sendiri,tin ni belum buka lagi tapi airnya dah tak de sebab kat tin ada karat dan ada lubang kecik.biasalah dah lama besi lak tu..
blog yang memaparkan botol dan barang lama tak kira apa janji lama serta terhad.terima kasih sebab melihat blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga kepada pengikut pengikut blog ni.sebarang kekurangan maaf di pinta.
Isnin, 8 Ogos 2011
Ahad, 24 April 2011
gelas 7up fido dido
antara gelas 7 up fido dido yang sempat aku simpan ,gambar fido dido masih lagi digunakan di tin 7 up sekarang.gelas ni ada macam macam aksi fido dido,masa baru baru keluar 7 up dengan gambar fido dido dimerata tempat boleh dilihat gambar ni dari t-shirt, sticker ,tembok ,sampai kat buku sekolah pun diconteng gambar ni..
Jumaat, 11 Februari 2011
7 up lagi
aku nak sambung pasal 7 up semalam aku ingat bila logo depan sama belakang pun sama ,bila aku tengok tengok rupanya tak sama(ni kes tak de keja nak buat la nii )gambar kat atas semua nya sama logo di atas jika lihat betul betul sama ,cuma yang sebelah kiri kurang jelas disini maklumlah dah lama tertanam.
jika dilihat bahagian belakang berlainan disebelah kanan ada lion (m) sdn. bhd. dan lion( S) ltd.di sebelah kiri lion (m) ltd.
mould bulat dan longkang
yang ni depan serupa
tapi bahagian belakang tak serupa. bezanya kat lion (m) ltd .mould petak dan longkang.dengar dengar ada king 7 up ,sama tak serupa tak kan senyap je kot bagilah info..
bila dah lain kena susun balik lah jawabnya ni aje lah 7 up berlainan yang ada bila dapat lagi nanti bertambahlah lagi.semalam 8 hari ni 10 yang berlainan esok lusa tak tau lagi.tak pasti pula ada berapa jenis botol 7 up ni.harap kita dapat berkongsi maklumat.
Khamis, 10 Februari 2011
7 up 7 fluid ounces
aku ingat 7 up aku dah cukup hinggalah aku dapat 7 up dibahagian bawah tulis 7 fluid ounces.berbeza yang aku ada contents 200 ml,berapa banyak la 7 up ni baru cukup 1 set.
ini ajelah keluarga botol 7 up yang aku ada buat masa sekarang,tak taulah kalau esok lusa dapat yang lain pulak,manalah tau..
Selasa, 1 Februari 2011
7 up famili size
botol 7 up famili size ni aku dapat kat kedai menjual barang antik di rengit.walaupun tulisannya tak berapa cantik pada aku sesuai lah dengan harganya rm 18.00 saja.kalau mahal tak sesuai lah dengan keadaannya.dapatlah aku tambah tambah koleksi 7 up famili size aku.
famili size.26 fl.ozs.:738 ml.
Isnin, 13 Disember 2010
7 up
7 up
7 up nombor 2 dari kiri tu yang mula mula aku dapat.masa tu aku malas nak simpan bila dapat yang pertama dari kiri ,aku tengok logo dia lain ,ni yang tambah minat nak simpan .yang pertama dari kiri tu aku dapat dah pecah 4, aku cuci dan gam.cari punya cari dapat lagi yang berlainan logo ni yang tambah semangat ni.biasanya aku tak tau keluaran keberapa dan tahun bila dipasarkan.tapi aku suka susun sebaris tengok logo dia lain lain.bila ada orang yang baik hati beritahu aku akan tulis di bahagian bawah botol.