bola cocacola ni masa aku dapat belum dipam lagi mungkin dibuat sekitar tahun 2004 sebab diatas bola ada logo uefa euro 2004 portugal.
setelah dipam tenyata tiada masalah.
blog yang memaparkan botol dan barang lama tak kira apa janji lama serta terhad.terima kasih sebab melihat blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga kepada pengikut pengikut blog ni.sebarang kekurangan maaf di pinta.
mug vitagen lowest total sugars depan semua sama,mulanya tak menarik minat tapi bila melihat bahagian belakang dengan gambar yang berlainan ,macam menarik je sebab ada kelainan,
hamtaro panda
hamtaro dexter
jingle hamtaro
hamtaro howdy
mungkin ada yang lain lagi kot ,tapi ni lah yang aku ada.
gila botol lama,keratan akhbar berita minggu ahad 13 feb.2011.dengan adanya berita ni mungkin hobi mengumpul botol tak di pandang rendah lagi .kadang kadang masa tengah cari atau gali botol kat tempat orang lalu lalang pandangan orang lain macam sikit,mungkin lepas ni tak lagi kot.mungkin ada antara kita pernah kena cam tu.terima kasih kepada pihak wartawan dan media yang membuat liputan masa botologi hi tea tempohari.untuk lebih lanjut boleh lah baca di berita minggu.
botol ridsect yang aku dapat ni bersaiz besar 24 oz.botol ridsect 3 biji berlainan saiz dan bentuk.untuk melihat yang mempunyai pengepam bolehlah melihat di http://mohdfitri.blogspot.com .
aku nak sambung pasal 7 up semalam aku ingat bila logo depan sama belakang pun sama ,bila aku tengok tengok rupanya tak sama(ni kes tak de keja nak buat la nii )gambar kat atas semua nya sama logo di atas jika lihat betul betul sama ,cuma yang sebelah kiri kurang jelas disini maklumlah dah lama tertanam.
jika dilihat bahagian belakang berlainan disebelah kanan ada lion (m) sdn. bhd. dan lion( S) ltd.di sebelah kiri lion (m) ltd.
mould bulat dan longkang
yang ni depan serupa
tapi bahagian belakang tak serupa. bezanya kat lion (m) ltd .mould petak dan longkang.dengar dengar ada king 7 up ,sama tak serupa tak kan senyap je kot bagilah info..
bila dah lain kena susun balik lah jawabnya ni aje lah 7 up berlainan yang ada bila dapat lagi nanti bertambahlah lagi.semalam 8 hari ni 10 yang berlainan esok lusa tak tau lagi.tak pasti pula ada berapa jenis botol 7 up ni.harap kita dapat berkongsi maklumat.
aku ingat 7 up aku dah cukup hinggalah aku dapat 7 up dibahagian bawah tulis 7 fluid ounces.berbeza yang aku ada contents 200 ml,berapa banyak la 7 up ni baru cukup 1 set.
ini ajelah keluarga botol 7 up yang aku ada buat masa sekarang,tak taulah kalau esok lusa dapat yang lain pulak,manalah tau..
sundrop yang aku ada ni mungkin dari era 80 an.sundrop yang pernah aku nampak ada 4 jenis yang aku lihat di http://mgtbobber.blogspot.com dari blog bro megat.gambar di bawah untuk lebih lanjut boleh ke link diatas.
dari apa yang aku lihat botol diatas mengunakan penutup jenis ceper.
mengunakan penutup jenis pusing bertulis.purdy's,imported by allswell pte. ltd. 875 bukit timah road singapore.di bahagian tepi penutup,sundrop fruit juice (m) sdn bhd 151 batu kitang road,kuching malaysia.berserta logo crown.