pelawat

free counters

jumlah pembaca

Ahad, 13 Mei 2012

sprite bintang 3 jenis


kali ini aku nak paparkan 3 biji botol  sprite bintang .botol ni mungkin tak cukup lama tapi yang menarik ada 3 jenis sprite bintang yang ada dalam simpanan aku,mungkin ada lagi yang berlainan tapi ni je lah yang aku nampak berlainan..



dibahagin depan tak berapa nampak perbezaannya.gambar diatas adalah gambar bahagian depan dan belakang,sprite tulisan cina isi 285ml.ditengah sprite tulisan cina cont 285 ml dan di sebelah kiri sprite isi 285 ml.

Jumaat, 27 Januari 2012

ada lagi f&n

ada lagi botol botol f&n yang tertinggal tempohari tak perasan kot..2 botol diatas nampak seperti botol fn yang telah aku post dulu,tapi....

bila dibandingkan dengan botol ditengah,2 biji botol tadi mempunyai cetakan lebih rendah berbanding botol ditengah ,botol ditengah mempunyai cetakan sama tinggi dengan botol botol dibawah.


ada juga yang mempunyai tulisan embos di badan botol dan dibahagian bawah tiada tulisan,yang ada dalam simpanan aku adalah bernombor SG 518 73 dan SG 518 78 ,apakah 2 angka dibahagian belakang bermaksud tahun keluaran kalau 73 mungkin boleh percaya tapi apa cerita pula dengan 78..ada ke keluaran botol ni tahun 1978.

biasanya tengok keluaran botol berdasarkan mould di botol berpandukan samada mould 4 segi timbul ,bulat, longkang,serta mould 4segi tapi macam mana cerita jika satu botol ada 2 mould seperti botol diatas mempunyai mould longkang dan bulat sekaligus,mungkin otai botol dapat berikan jawapan..

Ahad, 8 Januari 2012

fn lagi dan lagi

botol botol fn estd 1883 yang baru aku dapat dari tempat kitar semula,aku memang suka botol fn cam ni,apa yang aku ingin cari ialah botol yang ada tertulis 400 ml tapi kadang kadang apa yang kita cari lain pula yang dapat.


selama ni aku ada botol yang aku tandakan dengan A,C dan G.sebab tu lah aku hendak mencari yang bertanda 400ml tapi setelah dicuci dan dibelek belek ni aje lah kelainan yang dapat dikesan serta buat masa ini ,model cam ni lah yang aku ada yang aku tak pasti ada lagi ke yang lain ,jika ada tak mustahil satu hari nanti kalau rajin mencari pasti dapat..botol botol kat atas aku susun tak ikut keluaran sebab aku tak tau yang mana keluar dulu ada sapa yang tau???


black shadow yang dah lama ada dalam simpanan aku.apakah model black shadow pun ada banyak..


logo singa sama denganlogo black shadow dan dibahagian bawah logo bulat.


logo singa besar sedikit dari yang bertanda B. fraser & neave ltd dan logo bulat dibawah


fraser & neave ltd dan logo 3 segi dibahagian bawah dan logo singa lebih besar dari model diatas


tulisan ESTD.1883 lebih besar dari model model lain


ada tulisan 400 ml kat bahagian bawah


fraser &neave tak de tulisan ltd

Khamis, 29 Disember 2011

guan seng long johor bahru


botol yang biasa orang panggil botol mentol dari guan seng long areted water johor bahru.terdapat logo bintang dan kepala lembu di tengah.


Ahad, 18 Disember 2011

botol guli yong kee

botol guli bergambar kuda mitos bertanduk satu dan berekor singa ataupun digelar unicorn keluaran yong kee & co aerated water factory singapore.berwarna hijau.





E.BREFFIT&CO LTD MAKERS CASTLEFORD ENGLAND

Sabtu, 10 Disember 2011

popular aerated water

botol embos 400ml dari popular aerated water work ltd.terdapat gambar harimau dengan tulisan tiger brand,singapore






Jumaat, 9 Disember 2011

fn embos singa gemuk

fn embos 4oo ml kali ni adalah gambar singa gemuk dengan tulisan embos lebih tebal.dibahagian belakang terdapat tulisan VEO, tak tau pulak aku apa maknanya pasti ramai yang tau apa maksudnya,kalau sapa yang tau bolehlah kongsi kan sama