pelawat

free counters

jumlah pembaca

Isnin, 28 Februari 2011

chin shin-2


chin shin botol ni adalah lain dari botol tempohari.berlainan logo ,terdapat tulisan besar leong yeu medical dan di bahagian belakang terdapat 33 taman tang ho saleng senai,johor malaysia.




 

Ahad, 27 Februari 2011

long chan bros 400 ml


long chan bros 400 ml keluaran syarikat di melaka .akhirnya dapat juga aku botol 400 ml ni,kalau boleh aku nak simpan botol soda dari semua negeri,itu pun kalau dapat.


Sabtu, 26 Februari 2011

chin sin



botol teh herba chin sin 285 ml ni tak pasti pulak keluaran tahun berapa mungkin ada yang menyimpan botol cam ni.





Jumaat, 25 Februari 2011

fn embos 400ml


fn embos dari era 30-40 an berkaca hijau muda ni aku dapat kat rumah cikgu azman di pontian semasa aku dan lop ipoh kerumahnya.



gambar singa berdiri ataupun whilee nasib tak wikang.





lop ipoh http:wongcincai.blogspot.com kat rumah aku sebelum pergi ronda ronda.

Rabu, 23 Februari 2011

gelas fn


gelas fn ditengahnya tulisan cina dan dikelilingi logo fn .boleh lah disimpan sebagai koleksi gelas fn.depan belakang gambar yang sama.

Isnin, 21 Februari 2011

minyak 2t shell


minyak 2t dalam bekas tin zink ni keluaran sekitar 80 an ataupun mungkin  lebih awal lagi.gambar yang begitu asing bagi zaman sekarang tapi itulah cara pakaian paling hebat di zamannya.retro sungguh.




masih belum digunakan lagi,dah lama tersimpan dalam dalam almari rumah aku .


Jumaat, 18 Februari 2011

tonic chop gajah


tonic chop gajah dulu nya didatang kan bersama gelasnya tapi gelasnya dah tak dapat diselamatkan serta lebelnya,ini ajelah yang dapat aku selamatkan .botol tonic serta sudu tonic chop gajah.sudu ni masih digunakan sehingga sekarang dirumah aku.botol yang mempunya rekabentuk yang menarik.



sudu yang tertera tulisan tonic chop gajah serta gambar orang seakan menarik gajah,mungkin itu lah yang hendak digambarkan jika minum tonic ni boleh kuat hingga boleh menarik gajah.macam makjun kuat sallasa.




terdapat perbezaan pada bahagian bawah botol ni iaitu property of tonic chop gajah dan property of a.s. mohamed kassim & co.yang mana satu dikeluarkan dahulu..?


 

Rabu, 16 Februari 2011

bola coke


bola cocacola ni masa aku dapat belum dipam lagi mungkin dibuat sekitar tahun 2004 sebab diatas bola ada logo  uefa euro 2004 portugal.



setelah dipam tenyata tiada masalah.



Isnin, 14 Februari 2011

mug vitagen


mug vitagen lowest total sugars depan semua sama,mulanya tak menarik minat tapi bila melihat bahagian belakang dengan gambar yang berlainan ,macam menarik je sebab ada kelainan,




hamtaro panda



hamtaro dexter



jingle hamtaro



hamtaro howdy


mungkin ada yang lain lagi kot ,tapi ni lah yang aku ada.

Ahad, 13 Februari 2011

gila botol lama


gila botol lama,keratan akhbar berita minggu ahad 13 feb.2011.dengan adanya berita ni mungkin hobi mengumpul botol tak di pandang rendah lagi .kadang kadang masa tengah cari atau gali botol kat tempat orang lalu lalang  pandangan orang lain macam sikit,mungkin lepas ni tak lagi kot.mungkin ada antara kita pernah kena cam tu.terima kasih kepada pihak wartawan dan media yang membuat liputan masa botologi hi tea tempohari.untuk lebih lanjut boleh lah baca di berita minggu.

Sabtu, 12 Februari 2011

ridsect 24 oz


botol ridsect yang aku dapat ni bersaiz besar 24 oz.botol ridsect 3 biji berlainan saiz dan bentuk.untuk melihat yang mempunyai pengepam bolehlah melihat di http://mohdfitri.blogspot.com .


Jumaat, 11 Februari 2011

7 up lagi


aku nak sambung pasal 7 up semalam aku ingat bila logo depan sama belakang pun sama ,bila aku tengok tengok rupanya tak sama(ni kes tak de keja nak buat la nii )gambar kat atas semua nya sama logo di atas jika lihat betul betul sama ,cuma yang sebelah kiri kurang jelas disini maklumlah dah lama tertanam.


 



jika dilihat bahagian belakang berlainan disebelah kanan ada lion (m) sdn. bhd. dan lion( S) ltd.di sebelah kiri lion (m) ltd.



mould bulat dan longkang



yang ni depan serupa



tapi bahagian belakang tak serupa. bezanya kat lion (m) ltd .mould petak dan longkang.dengar dengar ada king 7 up ,sama tak serupa tak kan senyap je kot bagilah info..


bila dah lain kena susun balik lah jawabnya ni aje lah 7 up berlainan yang ada bila dapat lagi nanti bertambahlah lagi.semalam 8 hari ni 10 yang berlainan esok lusa tak tau lagi.tak pasti pula ada berapa jenis botol 7 up ni.harap kita dapat berkongsi maklumat.


Khamis, 10 Februari 2011

7 up 7 fluid ounces


aku ingat 7 up aku dah cukup hinggalah aku dapat 7 up dibahagian bawah tulis 7 fluid ounces.berbeza yang aku ada contents 200 ml,berapa banyak la 7 up ni baru cukup 1 set.




ini ajelah keluarga botol 7 up yang aku ada buat masa sekarang,tak taulah kalau esok lusa dapat yang lain pulak,manalah tau..



Rabu, 9 Februari 2011

sundrop


sundrop yang aku ada ni mungkin dari era 80 an.sundrop yang pernah aku nampak ada 4 jenis yang aku lihat di http://mgtbobber.blogspot.com dari blog bro megat.gambar di bawah untuk lebih lanjut boleh ke link diatas.



dari apa yang aku lihat botol diatas  mengunakan penutup jenis ceper.



mengunakan penutup jenis pusing bertulis.purdy's,imported by allswell pte. ltd. 875 bukit timah road singapore.di bahagian tepi penutup,sundrop fruit juice (m) sdn bhd 151 batu kitang road,kuching malaysia.berserta logo crown.